Ada banyak punca kelahiran pramatang..boleh rujuk di link INI.
Bagi saya, puncanya ialah pre-eclampsia (tekanan darah tinggi dan terdapat protein dalam urine)
Kenapa kena darah tinggi? makan masin banyak sgt ker? stress sgt ke?
Jawapannya tidak..bukan disebabkan oleh pemakanan..stress mungkin menyumbang sedikit sebanyak..tapi my gynae ckp..pre-eclampsia ni boleh happen without a reason pun..Segalanya berlaku dengan izin Allah..dalam ramai2 bakal ibubapa, saya dan suami terpilih untuk diuji. Hanya sedikit ujian untuk meningkatkan kesabaran dan iman..kami redha.
" Penyebab Pre-Eclampsia
Ia tidak diketahui bagaimana penyakit ini terjadi. Banyak hormon yang terlibat tetapi penyebab sebenar masih menjadi tanda-tanya. Tetapi pakar perubatan mendapati ia mungkin berkaitan dengan uri. Pakar mendapati, uri tidak membentuk secara normal dengan salur darah tidak menjadi nipis dan lembut sebagaimana yang sepatutnya.
Pembentukkan uri yang tidak normal boleh berlaku seawal 18-20 minggu kehamilan. Terdapat juga darah beku, menyebabkan salur darah tersumbat didalam uri dan ini menjelaskan kenapa bayi wanita yang mempunayai pre-eclampsia lebih kecil dari biasa. Buat masa ini terdapat banyak penyelidikan sedang dijalankan untuk mengetahui punca sebenar mengapa ia terjadi dan bagaimana ia boleh dicegah."
INFO: alamhamil
Semasa antenatal check up minggu ke 27 semuanya ok tip top...masuk minggu ke 28..sy mula mengalami edema yang teruk...minggu ke 29..dah mula pening2..badan terlalu bengkak sampai mak saya risau..mak cakap nampak mcm org dah cukup bulan..padahal baru 7 bulan..
Tangan saya (kiri) |
Macam gajah. abnormal utk week 29. |
Bila kepala dah sangat pening ibu mertua suggest saya ke klinik check BP..tup2..BP 170/110...doc klinik dah cuak suruh saya pergi emergency a.s.a.p..tp disebabkan suami saya seorang auditor yang sgt busy..dia perlu pg balik office n stay back smpai pukul 3 pagi..jadi esoknya pukul 8 pagi baru kami pergi jumpa gynae di Tropicana Medical Centre.
Bermulalah episod yang tidak dijangka dalam hidup ini. Ditahan di wad bersalin TMC selama 2 hari..doc cuba utk turunkan BP namun tidak berhasil. Hari kedua di wad saya mengalami mild contraction. Doc kata tak boleh tunggu dah, lalu pada jam 3 pagi saya dikejarkan dengan ambulan ke Hospital Selayang kerana incubator di TMC x available & hospital sg buloh juga full.
Team selayang pula cuba stabilkan BP sy dan hanya pada jam 9 pagi sy masuk OT utk emergency caesarian. Alhamdulillah everything went well. Dengar baby nangis tapi tak dpt tgk pun..:(
Komplikasi. Saya mengalami kesukaran bernafas. Sy tak dapat bernafas dengan optimum tanpa bantuan oksigen. Bila doc x-ray..dia ckp saya develop APO --> paru-paru berair? Maka 1 malam saya di ICU dan 2 malam utk close observation di labour room.
Hari ke-3 baru sy dapat melihat wajah anak sy yg penuh dengan wayar di dalam inkubator...maka banjirlah muka saya dengan air mata..