Sunday, June 23, 2013

Such a big Miracle in such a little girl~ Aisyah Al Humaira


"Thank Allah for what u have &  Trust Allah for what u need"

After 3 days of delivery baru boleh turun katil & happy2. Masih gemoks =p
Her birth weight is 1.26kg. Intubated for 24 hours & start using CPAP to breath.

After almost a month she start to use a normal nasal prong.   

Good improvement in terms of breathing. See how big my hand is..and how small she is. 

Everything was good...her weight improves..but somehow she got diagnosed with NEC ( Necrotizing Enterocolitis), UTI (Urine tract infection) & low HB that requires blood transfusion. Went thru a week of antibiotik & puasa susu. Only Allah knows how upside down my life was. 

1st time nurse give chance to hold aisyah for a few minutes. The most beautiful moment of my life..to get to hold her for the first time after a month!

Yeah..aisyah is now 1.6kg..can get out of incubator already..IM free! (after 50 days)



I stayed 1 week with her in NICU. We both learn how to direct feeding & here starts our bonding session. ;)
Tangan still ada line..coz somehow her UTI recur. 3x change line coz her vein cpt bengkak kan..kesian anak mama. :(

Hubby came everyday to visit us. ;). He's always there for me. Thank u Allah for sending him to me. I can't imagine my life without him.

Im home! 1.9 kg. 

Seronokkkan balik rumahh! hehe. 
Mama took another 2 months of unpaid leave to take care of Aisyah.


Aisyah is getting bambam.

After a month at home aisyah & mama went back to Terengganu for 2 weeks.

4 months! Aisyah's last follow up test for UTI. Alhamdulillah doc reviewed her test and now Aisyah is free from UTI!

WE love u Aisyah!


I wrote this down so that i won't forget the most beautiful moment of my life. -mama-

Wednesday, May 22, 2013

Punca kelahiran pramatang; pre eclampsia; why me?

Apakah punca kelahiran pramatang??

Ada banyak punca kelahiran pramatang..boleh rujuk di link INI.

Bagi saya, puncanya ialah  pre-eclampsia (tekanan darah tinggi dan terdapat protein dalam urine)

Kenapa kena darah tinggi? makan masin banyak sgt ker? stress sgt ke?

Jawapannya tidak..bukan disebabkan oleh pemakanan..stress mungkin menyumbang sedikit sebanyak..tapi my gynae ckp..pre-eclampsia ni boleh happen without a reason pun..Segalanya berlaku dengan izin Allah..dalam ramai2 bakal ibubapa, saya dan suami terpilih untuk diuji. Hanya sedikit ujian untuk meningkatkan kesabaran dan iman..kami redha.


" Penyebab Pre-Eclampsia

Ia tidak diketahui bagaimana penyakit ini terjadi. Banyak hormon yang terlibat tetapi penyebab sebenar masih menjadi tanda-tanya. Tetapi pakar perubatan mendapati ia mungkin berkaitan dengan uri. Pakar mendapati, uri tidak membentuk secara normal dengan salur darah tidak menjadi nipis dan lembut sebagaimana yang sepatutnya.
Pembentukkan uri yang tidak normal boleh berlaku seawal 18-20 minggu kehamilan. Terdapat juga darah beku, menyebabkan salur darah tersumbat didalam uri dan ini menjelaskan kenapa bayi wanita yang mempunayai pre-eclampsia lebih kecil dari biasa. Buat masa ini terdapat banyak penyelidikan sedang dijalankan untuk mengetahui punca sebenar mengapa ia terjadi dan bagaimana ia boleh dicegah." 
INFO: alamhamil

Semasa antenatal check up minggu ke 27 semuanya ok tip top...masuk minggu ke 28..sy mula mengalami edema yang teruk...minggu ke 29..dah mula pening2..badan terlalu bengkak sampai mak saya risau..mak cakap nampak mcm org dah cukup bulan..padahal baru 7 bulan..




Tangan saya (kiri) 
Macam gajah. abnormal utk week 29. 

Bila kepala dah sangat pening ibu mertua suggest saya ke klinik check BP..tup2..BP 170/110...doc klinik dah cuak suruh saya pergi emergency a.s.a.p..tp disebabkan suami saya seorang auditor yang sgt busy..dia perlu pg balik office n stay back smpai pukul 3 pagi..jadi esoknya pukul 8 pagi baru kami pergi jumpa gynae di Tropicana Medical Centre. 

Bermulalah episod yang tidak dijangka dalam hidup ini. Ditahan di wad bersalin TMC selama 2 hari..doc cuba utk turunkan BP namun tidak berhasil. Hari kedua di wad saya mengalami mild contraction. Doc kata tak boleh tunggu dah, lalu pada jam 3 pagi saya dikejarkan dengan ambulan ke Hospital Selayang kerana incubator di TMC x available & hospital sg buloh juga full. 

Team selayang pula cuba stabilkan BP sy dan hanya pada jam 9 pagi sy masuk OT utk emergency caesarian. Alhamdulillah everything went well. Dengar baby nangis tapi tak dpt tgk pun..:(

Komplikasi. Saya mengalami kesukaran bernafas. Sy tak dapat bernafas dengan optimum tanpa bantuan oksigen. Bila doc x-ray..dia ckp saya develop APO --> paru-paru berair? Maka 1 malam saya di ICU dan 2 malam utk close observation di labour room. 

Hari ke-3 baru sy dapat melihat wajah anak sy yg penuh dengan wayar di dalam inkubator...maka banjirlah muka saya dengan air mata..

Thursday, May 16, 2013

Kau ilhamku

Kenapa saya kembali?

Anyways takde org kisah pun sebab blog ni bukannya high traffic pun kan.hihi.

Sejak kahwin and pregnant memang rasa malas sgt dah nak menulis sbb rasa mcm busy sgt n penat mengurus rumah tangga kononnya.

Dan semasa pregnant saya agak stress..keletihan..dan sangat tak selesa..jadi kalau sy menulis apa2 post pastinya akan berbaur emosi negatif. Untuk mengelakkan awan2 negatif berkumpul dalam blog ni..saya pendamkan dan lebih banyak membaca dari menulis.

Tapi kini..selepas melahirkan..sy rasa bersemangat semula nak menulis sebab macam banyak sgt idea yg nak dikongsikan..biasalah pertama kali jadi ibu..excited dgn kehidupan baru bersama bayi tersayang.
Apatah lagi bayi saya pramatang....banyak yang sy nk share ttg si comel dan sy harap one day dia boleh godek2 blog ni baca tentang masa kecilnya.

Aisyah Al Humaira nama diberi. Saya berkesempatan mengandungkan aisyah selama 29 minggu sahaja. Aisyah lahir dengan berat 1.26kg...

To be continue.............;)

Monday, May 13, 2013

Im back

Salam & Good day.