Friday, March 25, 2011

25 mac 2011

Tahun ini tiada sambutan seperti tahun2 lepas. Tahun ini aku sendiri pun tak ingat tentang 25 mac..tarikh yg sentiasa aku tunggu2 setiap tahun yg dulu. sejak masuk ke Curtin university..25 mac sentiasa punya keunikan tersendiri hasil ingatan sahabat2.=). Kini genap 23 tahun aku di muka bumi Allah ini. Syukur alhamdulillah terlalu banyak nikmat yg Allah bagi pada diri ini.

Tahun ini adalah yg paling istimewa bagi aku. Dengan izin Allah, mak n abah bawa aku bersama untuk menunaikan umrah. Aku dengan sendirinya merasakan bahawa ini adalah hadiah hari jadi yg terbaik yg pernah aku peroleh.Thank you Allah.

"Para tetamu jemputan Allah dan rasul yg dihormati sekalian"
Gelaran mutawif kepada kami, para jemaah setiap kali beliau memulakan bicara. dan setiap kali itulah hati bergetar merasakan betapa bertuahnya jasad dan hati ini berada di tanah suci.

Mungkin bagi orang lain, pergi umrah bukanlah apa2. baik bercuti ke Eropah, Australia atau New Zealand..atau mana2 lagi lah. Tapi bagi aku ini adalah pengalaman pertama yg sentiasa membuat aku rindu pada tempat itu. Selalu aku doa kan di sana agar ini bukanlah peluang yg terakhir. Moga dijemput lagi pada masa akan dtg.

Kami sekeluarga bukan lah berpoket besar...boleh pergi umrah pada bila2 masa saja. Penantian bertahun-tahun..beserta doa dan usaha untuk mengumpul wang semata2 untuk umrah. Kita lihat, pada akhir zaman ini..ramai yg punya rumah dan kereta besar..wang berkepuk2..tapi belum terbuka hatinya untuk ke sana...Kadang kala...ada yg sudah berniat untuk kesana...tetapi ada saja halangannya..tetapi sekurang-kurangnya, niatnya sudah ada kan..

Berada di university Baitullah banyak mendidik jiwa ini bahawa tiada yg lebih berkuasa selain Allah swt. setiap sesuatu yg berlaku adalah di atas kuasa Allah, dan bahawa kita manusia hanya mampu merancang. Mungkin ini adalah statement biasa yang semua orang tahu, tetapi di sana segalanya lebih jelas dan nyata. Pembelajaran di sana bukanlah untuk di aplikasikan di sana saja, tetapi untuk dibawa pulang sebagai ilmu untuk menjadikan diri lebih baik lagi. Tidak kurang ramai jemaah yg pergi dan pulang ke tanah air tanpa sedikit perubahan sekalipun. Berdoalah semoga diri tidak termasuk dalam golongan itu.

Banyak pengalaman di sana yg mendidik hati dan jiwa. jikalau dikongsi mungkin berbuku-buku jadinya. Adalah yg terbaik andai jiwa2 yg ingin ke sana meluangkan masa membca buku-buku berkaitan sejarah Makkah dan Madinah. Selain itu, buku 'Travelog Haji'; mengubah sempadan iman' nukilan Prof Kamil adalah sebuah diary haji penulis yang digarap dgn mudah dan jelas.


Samada ia mampu mengubah sempadan iman tau tidak, itu terpulanglah kepada hati-hati yang membacanya. I really like this book. Pengalaman prof bagi aku adalah suatu yg tidak ternilai harganya. buat panduan, buat ikutan.insyaAllah.