Friday, January 14, 2011

Boleh ke baca Al-Quran ketika haid?

Kemusykilan mengenai hal membaca al-quran ketika haid ni sebenarnya agak mengganggu diri ini kerana ramai yang memahami bahawa wanita dalam keadaan haid tidak boleh membaca al-quran. Maka setelah di-google dan melalui pembacaan2 di magazine/surat khabar jelas bahawa...(lihat kesimpulan di bawah:)


Kesimpulan:


Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:

Alif-Lam-Mim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya; ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa. [al-Baqarah 2:1-2]

Setiap individu Muslim yang bertaqwa memerlukan al-Qur’an sebagai kitab yang memberi petunjuk kepada mereka. Petunjuk ini diperlukan pada setiap masa dan tempat, termasuk oleh para wanita ketika mereka didatangi haid. Tidak mungkin untuk dikatakan bahawa ketika haid mereka tidak memerlukan petunjuk dalam kehidupan sehari-harian mereka. Atas keperluan inilah al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih tidak melarang para wanita yang didatangi haid daripada memegang dan membaca al-Qur’an seperti biasa. Adapun pendapat yang mengatakan ianya haram, ia adalah pendapat yang lemah sekalipun masyhur.


Untuk penjelasan yang lebih lanjut boleh klik di sini -->

Selamat membaca al-quran! ohh..dengan tafsir sekali yer.

Mengaji sambil mengkaji. =)

6 comments:

  1. tapi kak syepah, dalam buku teks tak sure sekolah menengah or sekolah agama, larangan membaca al quran ketika hadas besar adalah sebab menghormati kesucian alquran. kalau tak silap lah. macam mana pulak ek?

    ReplyDelete
  2. jaja: tulah.junub pun hadas besar jgk kan. tapi kita boleh mandi hadas terus. tapi haid bukan pilihan.dah habis baru boleh mandi wajib.so..susah la kan if sepanjang haid tak dapat baca al-quran.

    kak syepah pun taktau nak explain mcm mana. maybe awk boleh fahamkan kat link tu.=)

    ReplyDelete
  3. ass.
    adakah dalil yg dapat memperkuat argumen anda.??

    ReplyDelete
  4. bukan kh kitab al quran kitab yg suci,dn bukan kh orang yg sedang menstruasi itu orang yg berhadas.???
    sedangkn banyak para ulama yg mengatakan kalau seseorang muslim jika berhadas tidak boleh membaca/memegang al qur an karena al quran merupakan kitab suci

    ReplyDelete
  5. salam 'akhwat'.

    i am not here to argue. i am here to share.

    should you need further explanation...pls refer to the above link.

    and if you find something more reliable, do not hesitate to share or forward it to me.

    thank you. =)

    ReplyDelete