




Selama 3 tahun di Miri.
Aku tak sangka..aku telah mengumpul berpuluh2 helai tudungs dan kasuts..
Tapi aku x pakai sgt pun semua tu.
Aku sgt stress semasa mengemas hari tu.
Aku juga kecewa dgn diri sendiri.
Malam itu..seorang sahabat datang menolong aku memindahkan barang.
Dia kelihatan terkejut juga dgn barang2 aku yg banyak itu.
Dan dengan mudah dia berkata..’ syarifah ni x bersederhana lah’
Aku terpana. Memang benar statement itu. Aku pun baru sedar petang td.
Bagi aku..ramai lagi org lain yg lebih x bersederhana berbanding aku.
Tapi, lepas dilontarkan kata2 itu...mind set aku terus berubah.
Kenapa nak banding dgn org yg lebih x bersederhana..
Bandingkan lah dengan org yg lebih bersederhana..
Bukankah lebih baik begitu?
Oleh itu..syarifah, tolonglah bersederhana. Membeli mengikut keperluan bukan kehendak.
Bukankah Islam itu menganjurkan kesederhanaan??
Aku sangat kagum dengan org yg melihat poster2 ‘SALE!!!’ dgn hati yg tenang..hormon oxytocin nya tidak melonjak2 seperti org2 yg kurang bersederhana ini. Aku berazam menjadi org seperti itu.
Amin.
'Allah is aware of human weaknesses and is forgiving; so come back.. Come back even if you have broken your repentance a thousand times..'