Saturday, January 10, 2009

gosip dan dengki




Apabila ada berita tidak baik tersebar..semaklah terlebih dahulu.

Apabila tergerak di hati kita untuk berburuk sangka atau mencari dan menyebarkan gosip berkenaan org lain, letakkanlah diri kita di tempatnya. Nescaya kita benci tindakan sedemikian dilakukan ke atas diri kita tanpa mengira sama ada sangkaan atau gosip tersebut benar atau tidak. Maka dengan itu, tahanlah diri drpd berburuk sangka atau mencari dan menyebarkan gosip.

Apabila ada berita tidak baik yg tersebar, semaklah terlebih dahulu. Jika ia adalah dusta, maka wajib kita membela dan membersihkan nama saudara kita yg dianiaya oleh berita tersebut. Jika ia adalah benar, maka wajib kita menasihati saudara kita yg tersilap itu dengn cara yg tersembunyi, lemah-lembut, dan hikmah.

Ingin ditambah bahawa berburuk sangka dan mencari-cari gosip di kalangan sesama umat Islam adalah sesuatu yg dilarang. Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘berhati-hatilah kalian terhadap buruk sangka kerana sesungguhnya ia adalah perkataan yg paling dusta. Dan jgnlah saling mencari-cari khabar kesalahan, jgnlah saling memata-matai, jgnlah saling meninggikan harga utk menarik perhatian pembelu, jgnlah saling mendengki, jgnlah saling membelakangi. Wahai para hamba Allah! Jadilah kalian bersaudara!’ [Shahih al-Bukhari, no:6066]

Seterusnya, apabila saudara kita memiliki sesuatu kelebihan seperti  ilmu, kedudukan, kemasyhuran atau harta, maka letakkanlah diri kita di tempatnya. Nescaya kita bergembira dan bersyukur apabila di kalangan saudara kita ada yg diberi atau memiliki suatu kelebihan.

Lawan kepada sikap ini ialah DENGKI. Dengki ialah membenci apa2 kelebihan yg dimiliki saudara kita. Sikap dengki menyebabkan kita merasa hanya diri kita saja yg layak memiliki kelebihan tersebut dan bukannya saudara kita. Sikap dengki ialah dia membenci untuk saudaranya apa yg dia cintai utk dirinya. Sikap dengki juga ialah enggan memberi kpd manusia apa yg dia suka diberikan kepadanya. Oleh itu berhati-hatilah dgn kedengkian kerana ia adalah isyarat kecacatan iman dan factor penghalang drpd syurga Allah s.w.t.

Sikap dengki adalah suatu penyakit hati yg amat merbahaya sehingga Allah s.w.t. mengajar kita sebuah doa khas untuk menjauhinya: ‘ Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami yg mendahului kami dlm iman, dan jgnlah Engkau jadikan dlm hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap org2 yg beriman. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan Rahmat-Mu.’ [Surah al- Hasyr, ayat 10]



Buat renungan dan peringatan buat diri sendiri..dan juga sahabat2.
Jgnlah kita cemari kasih-syg yg telah Allah beri sejak mula hingga kini dgn berburuk sangka dan berhasad dengki. Hendaknya kita saling memperingati dan saling mencintai saudara seislam. Hidup di dunia penuh dgn onak dn duri. Nmpknya cantik tetapi pastinya pedih di kemudian hari.Kegembiraan dunia tidak menjamin apa2 utk kehidupan abadi di akhirat kelak.